10 TIPS UNTUK JANGKA HAYAT BATERI HANDFON LEBIH PANJANG
Hampir setiap dari kita mempunyai handfon. Malah kini, percayakah anda bahawa pelajar taska (tadika) pun memilik handfon?
Bagi seorang pemakai handfon yang aktif, masalah utama yang dihadapi ialah terpaksa mengecas bateri setiap kali handfon kehausan tenaga.
Setiap bateri yang boleh dicas semula mempunyai "kitar hayat pengecasan"nya. Belum ada sampai saat ini bateri yang mempunyai hayat seumur hidup. Ertinya setiap kali bateri habis dipakai dan di ulang cas (satu kali pengisian penuh), itu dikira sebagai 1 kali kitar hayat pengecasan.
Misalnya, kapasiti bateri anda adalah 1000 mAh (milli amph hours), maka 1 "kitar hayat pengecasan"nya perlu menghabiskan 1000 mAh juga. Bila cuma digunakan 500 mAh misalnya dan lalu diisi ulang kembali, maka setelah anda menghabiskan 500 mAh lagi, baru itu dianggap sebagai 1 kali "kitar hayat pengecasan"nya.
Setiap jenis bateri memiliki waktu "kitar hayat pengecasan"nya masing-masing. Biasanya sekitar 300 kitar hayat pengecasannya atau sekitar 2 – 3 tahun masa pemakaian. Namun kerana teknologi terus berkembang, begitulah teknologi bateri pun juga terus mengalami peningkatan. Sekarang mungkin sudah mencapai sekitar 1000 kali kitar hayat pengecasan.
Tips memanjangkan umur bateri handfon
1. Berhemat mengunakan bateri handfon dengan mematikan fungsi-fungsi yang jarang digunakan.